Manusia. Manusia adalah mahkluk Tuhan (Allah SWT) yang mana, telah disucikan oleh-Nya dan mempunyai akal untuk berfikir dengan bijak. Bukan itu sahaja yang dikurniakan. Malah perasaan. Hati. Fells. Semua yang sakit, pedih, gembira, cinta dan kesemuanya. Percakapan, pendengaran, pembiakkan, kebijaksanaan, ajal, maut, cinta, Semuanya TELAH DITETAPKAN oleh-Nya. Dan yang paling penting. Manusia mempunyai MARUAH, HARGA DIRI. Adakah Aku menggunakan kesemua nikmat pemberiannya dengan baik? Adakah Aku bersyukur dengan kurniaanya? Adakah Aku tidak menghianati apa yang telah diberi? Adakah Aku menjaga nama baik Aku, Keluarga, Bangsa, Negara, dan Agama Ku? Adakah Aku mempertahankan maruah Ku? Aku. Aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai akal, perasaan, kelengkapan anggota badan dan berfungsi dengan baik tetapi, Aku mempunyai masalah. Banyak masalah yang aku hadapi ketika ini, abad ini, dekat ini, tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, minit ini, malah pada saat ini. Aku, tidak ak...