Manusia. Manusia adalah mahkluk Tuhan (Allah SWT) yang mana, telah disucikan oleh-Nya dan mempunyai akal untuk berfikir dengan bijak. Bukan itu sahaja yang dikurniakan. Malah perasaan. Hati. Fells. Semua yang sakit, pedih, gembira, cinta dan kesemuanya. Percakapan, pendengaran, pembiakkan, kebijaksanaan, ajal, maut, cinta, Semuanya TELAH DITETAPKAN oleh-Nya. Dan yang paling penting. Manusia mempunyai MARUAH, HARGA DIRI. Adakah Aku menggunakan kesemua nikmat pemberiannya dengan baik? Adakah Aku bersyukur dengan kurniaanya? Adakah Aku tidak menghianati apa yang telah diberi? Adakah Aku menjaga nama baik Aku, Keluarga, Bangsa, Negara, dan Agama Ku? Adakah Aku mempertahankan maruah Ku?
Aku. Aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai akal, perasaan, kelengkapan anggota badan dan berfungsi dengan baik tetapi, Aku mempunyai masalah. Banyak masalah yang aku hadapi ketika ini, abad ini, dekat ini, tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, minit ini, malah pada saat ini. Aku, tidak akan boleh lari daripada masalah. Namun, Aku hairan. Bagaimana boleh terjadinya perkara ini? Mengapa perkara ini terjadi? Perlukah semua ini? Adakah ini balasan daripada apa yang aku lakukan sebelum ini? Apa yang aku telah buat?
Kawan. Aku mempunyai pelbagai jenis Kawan. Kawan yang suka selfie, suka shooping, suka lepak, kaki like, semualah. Aku berkawan dan bersaing secara sihat dengan Mereka. Tetapi, Aku juga mempunyai Kawan yang berhati gelap, hitam, suka mengacau orang dan menghina caci orang termasuk Aku sendiri. Aku tak sanggup melihat Kawan Aku begitu. Tetapi, apa yang Aku boleh buat? Adakah Aku akan membalasnya dengan kejahatan juga? Adakah Aku merupakan Kawan yang baik? Adakah Aku seorang yang berdendam dengan segala apa yang Mereka atau Dia telah buat kepada Ku?
Aku mempunyai maruah diri, harga diri, Aku tidak akan sesekali meletakkan diri Aku dibawah dan dipijak-pijak oleh orang lain. Maruah Aku tinggi. Namun begitu, perlakuan Mereka terhadap Ku membuatkan Aku menjadi seorang yang mempelajari ilmu EVIL. Aku berdendam dengan setiap satu perkara buruk yang telah Mereka lakukan kepada Ku. Walaupun berabad-abad lamanya, walaupun Aku telah lupa kejadian itu, tetapi, perasaan sakit yang menguris hati ini dan meninggalkan parut disini, ya! DISINI! Tidak sesekali akan hilang.
Bermulanya cerita Ku disini. Setiap tahun sebelum Ku meneruskan pelajaran Ku di-High School, hidup Aku bebas dan aman, Aku bahagia dengan hidup Ku. Tiada apa yang mengacau Ku ketika itu. Family Ku gembira, malahan Kawan-Kawan Ku ceria, aman, tiadanya duka. Tetapi, sejak Aku melanjutkan pelajaran Ku di-High School, Aku sengsara! Aku derita! Ini yang membuatkan Aku
Pada mulanya Aku dikacau. Aku ketika itu, Okey lagi dengan gurauan manja Mereka. Tetapi, sejak berlakunya kejadian yang melampau bagi Ku, Aku mula berdendam dengan Sesiapa sahaja yang berkelakuan buruk dengan Ku.
Namun, tidak cukup dengan itu, Kawan-Kawan Ku yang Ku anggap Mereka sebagai Sahabat selama ini menentang Aku. Aku buat itu, mereka langsung tidak support. Aku bagi cadangan, Mereka tidak hiraukanpun. Aku melakukan sesuatu yang elok tanpa pengetahuan Mereka, Mereka memarahi, kecami dan merobohkannya kembali. Dengan bersusah payah, penat lelah Aku membinanya. Tetapi, Mereka dengan tiada perasaan untuk MENGHARGAI apa yang Aku buat dan merobohkannya.
Tidak cukup lagi dengan apa yang telah terjadi, Family Ku mempunyai masalah yang begitu banyak sekali. Selesai satu, datang empat. Selesai empat, datangnya kembali 10 masalah. Aku tidak sanggup lagi!
Aku, tidak tahan lagi dengan apa yang Mereka lakukan. Dengan ini, berhati-hatilah jika berkawan dengan orang yang telah disakiti sebelum ini seperti Ku. Mereka yang telah dilukai dan disakiti tidak kiralah dalam apa jua jenis seksaan sekalipun, tetapi percayalah, Mereka bersumpah, akan melakukan apa-apa sahaja yang Mereka boleh buat walaupun dengan "Menikam Dari Belakang" orang yang telah menyakiti Dia itu. Percayalah. Seperti Ku.
Aku. RReduaan. Seorang pendendam bersiri. Jauhkan diri Mu daripada Ku jika tidak pandai menjaga hati seseorang termasuk Aku. Aku akan mencari jalan walaupun mengambil masa berabad-abad lamanya untuk menemui jalannya untuk membalas dendam.
Namun dengan itu, Aku tahu, Tuhan (Allah SWT) sedang menguji hambanya yang lemah. Aku serahkan diri Ku kepada Mu Ya Allah! Aku akan cuba untuk menerimanya dengan seadanya. Tetapi, Aku perlukan masa. Berikan Aku peluang. Segalanya, semuanya, dan selama-lamanya, Aku berserah. Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan